XW Martial Arts International Academy PLT adalah satu akademi yang baru ditubuhkan bagi memperluaskan pengetahuan masyarakat Malaysia dan dunia mengenai seni bela diri juga dikenali sebagai seni mempertahankan diri. Kemahiran dan pengetahuan dalam Seni bela diri ini amat penting dalam diri setiap individu bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan aspek keselamatan diri, keluarga dan masyarakat. Tahap keselamatan kita terutamanya pada zaman sekarang ini amat membimbangkan dengan meningkatnya kadar jenayah di dalam negara dan juga luar negara.

Juru Latih

Segala latihan dan kursus yang kami disediakan akan diajar oleh tiga orang Guru Seni Bela Diri iaitu Master Rex Wong, Master Tang Yee Kin dan juga Master Kong Yoon Chai yang merupakan pakar dalam ilmu seni bela diri yang terkenal di tanah air.

VIDEO

XW Martial Arts International Academy PLT akan menyediakan pelbagai kursus latihan mengikut kesesuaian program yang disediakan contohnya :

  • Kursus Latihan Program RAISE, Sijil Penyertaan (12 Hari)
  • Kursus Latihan Sehari, Sijil Penyertaan (1 Hari)
  • Kursus Latihan Diploma, Sijil Profesional Diploma (9 Bulan)
  • Program Sekuriti, Sijil Penyertaan (7 Hari)